Saturday 15 August 2015

GEMPAR!!! (SENJATA AKHIR ZAMAN) Tahukah Anda Tentera Dari USA Telah Mencipta Teknologi Dahsyat Yang Boleh Mengawal Cuaca.

HAARP: Senjata baru USA.


Dua hari lepas saya terserempak dengan seorang abang ni (nama dirahsiakan) di sebuah warung makan. Abang ni memang saya kenal dia, orang dia memang "cool" tapi seronok bila sekali sekala dapat sembang dengan abang ni.

Dalam perjumpaan singkat kami di warung tu, abang ni sempat bercerita tentang "HAARP". Soalan pertama yang muncul dari mulut saya " Apa ke bendanya tu bang?" Jadi abang  ni pun bagi penerangan ringkas tentang "HAARP" ni. Daripada apa yang saya faham dari penerangan abang tu "HAARP" ni ialah teknologi  dari USA yang digunakan untuk mengawal keadaan cuaca bahkan boleh mencipta cuaca yang diinginkan misalnya dengan menggunakan "HAARP" ni , mereka boleh kawal cuaca, cipta puting beliung, jadikan hujan, alihkan awan, hasilkan gempa bumi dan juga tsunami. Dalam fikiran saya dahsyat juga teknologi USA ni sampai dah boleh cipta alat kawal cuaca. Bahkan ada teori konspirasi mengatakan bahawa alat ini lah yang telah menyebabkan  gempa bumi di negara China dan beberapa buah negara lain beberapa tahun lalu. 

Informasi dari Wikipedia menjelaskan bahawa Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP)) adalah sebuah program penyelidikan ionosferik bersama Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat, Universiti Alaska dan Agensi Projek Penyelidikan Termaju Pertahanan (DARPA). Ia bertujuan untuk menganalisa ionosfera dan menyiasat potensi untuk membangunkan teknologi peningkatan ionosferik untuk kegunaan pengawasan dan komunikasi radio (seperti mengesan peluru berpandu). Program HAARP menggunakan sebuah kemudahan utama di Artik, dikenali sebagai Stesen Penyelidikan HAARP, sebuah tapak milik Tentera Udara A.S berdekatan Gakona, Alaska.

Stesyen Janakuasa HAARP yang terdiri daripada beribu-ribu antena.
Untuk pemahaman lebih lanjut mungkin kita boleh cari beberapa video tentang "HAARP" ini yang telah diupload di Youtube. Salah satu video yang saya rasa dapat memberi pemahaman yang mudah tentang "HAARP" ini boleh kita saksikan di bawah ini.



Click video untuk penarangan teknologi "HAARP"

No comments:

Post a Comment