Wednesday, 12 August 2015
PANAS!!! Walaupun Dia Hanya Mempunyai Sebelah Tangan, Dia Harus Dijadikan IDOLA Remaja. SALUTE!
Pekerjaan “runner” ataupun menghantar barang biasanya menjadi pilihan orang muda masa kini terutamanya mereka yang mempunyai motosikal untuk mencari hasil atau duit sampingan.
Mereka akan menghantar apa-apa sahaja barang yang dikehendaki oleh pelanggan dan yang pastinya muatan barang mampu di bawa dengan menggunakan motosikal mereka. Dokumen penting merupakan barang yang selalu di bawa oleh mereka kerana pelanggan mahukan dokumen tersebut segera tiba di tempat yang mereka inginkan.
Mohd Hafis Abdullah 27, atau dikenali sebagai “Hafiz Runner” menjadi popular di laman sosial setelah menawarkan perkhidmatan menghantar barangan melalui akaun Facebook miliknya. Walaupun Hafis merupakan seorang yang kurang upaya, ianya bukan penghalang untuk beliau melakukan kerja “runner” ini dan tidak meletakkan sebarang harga tetap terhadap perkidmatan menghantar barangan.
Sejak mengiklankan perkidmatannya itu di laman sosial, dia tidak henti-henti menerima pelanggan yang ingin mendapatkan khidmatnya untuk menghantar barang sehinggakan dia terpaksa mengupah lagi tiga orang kawannya untuk menjadi “runner”. Dengan menunggang sebuah motosikal Honda EX5, dia menghantar barangan ke seluruh daerah Temerloh termasuk dokumen, makanan, sabun, barangan dapur dan pelbagai barang lagi.
“Saya tak kisah upah, saya ambil sahaja setiap pemberian kerana bagi saya apa yang dapat itulah rezeki, yang penting perkhidmatan saya cepat, jujur dan saya amanah serta ikhlas bantu orang ramai”. ujar pemuda ini
Sehingga kini, iklan itu, yang asalnya dimuat naik oleh laman Facebook Siakap Keli, telah mendapat lebih dari 27 ribu “like” dan lebih tiga ribu perkongsian.
Apa yang menarik perhatian kami ialah ketiadaan sebelah tangannya memberi inspirasi kepada kami tiada apa yang mustahil boleh dilakukan dalam dunia ini. Menceritakan kisah lamanya, pemuda ini menjadi OKU apabila terlibat kemalangan jalan raya kira-kira 10 tahun lalu semasa berkonvoi bersama rakan-rakannya menunggang motosikal ke Kuantan.
Hafis juga menceritakan arwah bapanya juga turut kehilangan penglihatan kerana kemalangan di tempat kerja tetapi boleh menyara mereka sekeluarga. Berbekalkan semangat dan kekuatan dari bapanya, Hafis juga turut ingin mengikut jejak langkah bapanya.
Kebiasaannya pada siang hari, Hafis akan melakukan tugas perkhidmatan menghantar barangan dan pada waktu malam pula, dia akan bekerja sebagai pembuat air di Restoran Rotarium, Temerloh yang menyajikan hidangan stimbot.
Sambutan yang diterima oleh orang ramai sangat menggalakkan sehingga ada pihak yang menawarkan untuk menaja baju untuk dia mempromosikan perkhidmatannya. Kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan menghantar barangan di daerah Temerloh, anda boleh menghubunginya dan jangan risau tentang bayaran kerana Hafis menekankan upah yang diambilnya adalah seikhlas hati dari penerima/pelanggan.
Sumber dari Sinar Harian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment