Thursday 20 August 2015

GEMPAR!!! Seorang Janda Menawarkan Khidmat SEKS Kepada Pihak Polis


GEMPAR..!!! ALASAN KESEMPITAN HIDUP. JANDA TAWAR SESUATU KEPADA UMUM | BARON METRO

Janda Kesempitan Hidup Tawar Seks Pada Polis



Seorang janda peniaga kecil, didakwa menawarkan khidmat seks kepada anggota polis itu di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Dang Wangi di sini kira-kira 1.50 tengah hari pada 11 Ogos.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.
Bagaimanapun, janda itu memohon hukuman ringan atas alasan dia menghidap penyakit asma selain perlu menanggung seorang anak berusia tujuh tahun yang dijaga jirannya dan menjaga ibu bapanya yang uzur.
"Saya minta maaf, saya buat kerja ini kerana saya orang susah dan kesempitan hidup. Janganlah penjara saya. Saya lebih rela membayar denda daripada dihukum penjara," kata Suhaili sambil menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.
Ashraf Rezal berkata mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan ancaman kepada masyarakat.
Beliau memberitahu Suhaili bahawa alasan kesusahan hidup tidak boleh dijadikan faktor untuk tertuduh berbuat demikian.
"Jangan ulangi lagi kesalahan ini. Saya doakan agar anak kamu dijaga dengan baik oleh jiran," kata majistret itu.
ibu tunggal itu dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan Suhaili Abu Kasim, 35, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap tiga hari lepas.

No comments:

Post a Comment