Saturday, 8 August 2015

GEMPAR!!! Gara-gara Hendak Memancungkan Hidung, Seorang Model Menyesal Seumur Hidup.

Gara Gara Nak Hidung Mancung, Wajah Model Jelita Jadi Jelek






TIDAK cukup berpuas hati dengan raut wajah jelita yang dimiliki, seorang model Thailand melakukan suntikan kosmetik bagi memancungkan hidungnya.

Prosedur memancungkan hidung itu biasanya ringkas dan mudah sahaja iaitu membabitkan suntikan silikon di bahagian yang ingin diubah tapi siapa sangka, ia memberi implikasi yang membuatkan model tersebut menyesal seumur hidup.
Gara-gara suntikan silikon dibuat doktor di bahagian hidung, dahi dan atas kening, rupa model tersebut bertukar menjadi aneh dan mengerikan.


Insiden menyedihkan yang dilaporkan di Facebook Taiguo.com ini pada masa sama memberi pengajaran kepada wanita dan “adik-adik” yang suka sangat mengubah wajah tu supaya beringat kerana perkara sama tak mustahil boleh menimpa anda bila terlalu teruja nak ubah ciptaan Tuhan.

No comments:

Post a Comment