Pasangan remaja berusia lingkungan 20-an itu merupakan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam di negeri ini.
Pasangan itu adalah antara 19 orang yang dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang di beberapa lokasi sekitar Seberang Perai, semalam.
Selain itu, dua wanita warga asing beragama Islam juga turut dicekup bersama dua lelaki bukan Islam. Bagaimanapun lelaki berkenaan dibebaskan.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Penguatkuasa, Muaz Md Nazan bermula jam 3 pagi dan berakhir kira-kira jam 6 pagi, semalam.
Seramai 16 anggota penguatkuasa terlibat dalam operasi yang bertujuan untuk mengekang salah laku pasangan Islam.
Kesemua mereka yang ditahan menjadikan lokasi seperti rumah tumpangan, hotel bajet sekitar Butterworth, Bukit Mertajam serta Berapit sebagai tempat untuk memadu kasih.
Mereka ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen sah perkahwinan dan disyaki berkhalwat.
Kesemua yang ditahan didakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
No comments:
Post a Comment