Wednesday 2 September 2015

GEMPAR!!! Sekumpulan Remaja Berpesta "DADAH" Dan "MAKSIAT" Di Sebuah Banglo Telah Berakhir Dengan Serbuan Polis Semalam.


41 ditahan pesta 'lalok'






Alor Gajah: Polis menahan 41 individu berusia 19 hingga 31 tahun selepas disyaki terbabit dalam pesta dadah dalam serbuan di dua unit banglo di sebuah resort di Simpang Ampat, jam 2 pagi, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata, selain penduduk negeri ini semakan mendapati ada antara yang ditahan datang dari Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

"Seramai 10 individu yang ditahan adalah wanita, hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua premis itu kami menemui sejumlah dadah disyaki ganja.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 22 lelaki dan empat wanita positif berada dibawah pengaruh dadah," katanya.

Kesemua yang ditahan kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, untuk tindakan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment