Friday, 18 September 2015

GEMPAR!!! Identiti Wanita Yang Mengerat "Kemaluan" Kekasihnya Telah Didedah.

Lelaki ‘Hilang’ Kemaluan Dikerat Kekasih




HANGZHOU, CHINA: Seorang wanita bertindak memotong kemaluan teman lelakinya kerana dia enggan meninggalkan isterinya.

Mangsa, seorang ahli perniagaan yang hanya dikenali sebagai Liu, berusia 50 tahun sebelum ini pernah berjanji untuk meninggalkan isterinya dan akan memulakan hidup baru bersama wanita itu.

Berang kerana janji yang tidak dikotakan selepas menunggu bertahun lamanya, suspek yang dikenali sebagai Zhang bertindak memotong kemaluan teman lelakinya itu.

Dia melakukan perbuatan kejam itu di sebuah bilik hotel di wilayah itu.

Menurut saksi yang juga kakitangan hotel berkenaan, lelaki berkenaan menjerit dan berlari keluar dari bilik dengan kesan darah.

Saksi turut melihat seorang wanita keluar dari bilik hotel berkenaan tidak lama selepas itu.

"Apabila masuk ke dalam bilik, saya menemui gunting dan alat sulit lelaki itu yang terputus," katanya dipetik Metro.uk.

Ahli perniagaan itu dilaporkan belari keluar dari bilik dalam keadaan separuh bogel untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, menurut polis, wanita berkenaan gagal dikesan dan kini sedang dalam buruan polis.

Bagaimanapun, polis enggan mengulas sama ada alat sulitnya berjaya disambung atau tidak.

No comments:

Post a Comment