Tuesday, 8 September 2015

PANAS!!! Tasha Shilla Semakin Berani Dengan Imej Tayang Peha Dan Pusat Bertindik.



.

Selepas kecoh insiden dia menampar bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Hans, di sebuah kelab malam baru-baru ini, pelakon kontroversi Tasha Shilla sekali lagi terpalit dengan kontroversi baru.

Kali ini dia sekali lagi 'berjaya' membuat ramai terbeliak mata dengan penampilannya yang berpakaian cukup menjolok mata ketika menghadiri perasmian sebuah sebuah majalah fesyen dari Perancis, di ibu kota malam tadi.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuatnaik di Instagram (sebelum dipadam semuanya), tindakan Tasha yang berani itu sememangnya mendapat maklumbalas daripada ratusan peminatnya yang rata-ratanya terkejut dengan perkara tersebut.

Malah ada juga yang memohon supaya pelakon ini bertaubat dan tidak kurang juga yang mencemuhnya kerana berani berpakaian sebegitu selain menasihatinya agar tidak melampaui batas sebagai seorang yang beragama Islam.

.

No comments:

Post a Comment