Friday 25 September 2015

GEMPAR!!! Pelajar Tingkatan Tiga Maut Digilis Lori Sejauh 50 Meter Semalam.


Pelajar Tingkatan Tiga Maut Digilis Lori

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 9:51 PM


GAMBAR HIASAN





ALOR SETAR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum digilis sebuah lori di Kampung Sungai, Putat, Pendang.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Fadzil Hashim berkata, akibat pertembungan itu, mangsa, Hafizuddin Ahmad Tajuddin, 15, terperosok di bawah lori dan diseret sejauh 50 meter dalam kejadian 5.40 petang Rabu.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori, Che Hassan Md Daud, 58, tidak cedera, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

No comments:

Post a Comment